Wednesday 13 February 2013

Camping



Salam 1 malaysia! Korang pernah pergi kem? Best tak? Asyraaf ingat lagi time sekolah dulu Asyraaf teringin sangat nak pergi kem terutamanya kem kepimpinan. Tapi sayang, Asyraaf takde lar jawatan tinggi dekat persatuan so tak terpilih lah nak pergi kem tersebut. lepas tu plkn pun Asyraaf tak dapat. Ingatkan dier akan pilih at least seorang dalam setiap keluarga tapi tak pun.
                Tapi sekarang ini kat uitm Asyraaf dah pergi banyak kem suda. Kem kepimpinan pun dah pergi kat uitm :) Apa yang Asyraaf boleh komen mengenai kem adalah kem tak best pun. Setiap kem yang Asyraaf pergi bagi asyraaf dier bagi tekanan sebab yang utama is tandas. Semua kem yang Asyraaf pergi tandas dier dah lah kecik dan orang ramai, so susah untuk mandi dan kalau nak mandi pun kena cepat sebab nak kejar masa. Last kem Asyraaf pergi tandas dier muat untuk 3 orang je mandi tapi satu dorm 30 orang. Nasib baik ada yang mandi awal, kalau semua orang nak mandi serentak memang susah lar.
                
                Seterusnya sebab tempat tidur. Kebanyakan kem yang Asyraaf pergi mesti tidur kat khemah so memang menyeksakan bila tidur kat beg je tanpa bantal dan selimut. Sebelum tidur bagi Asyraaf memang lah susah nak tidur sebab panas dan tidak selasa nak tidur. Tapi time tidur memang sejuk sangat sebab tak pakai selimut. Tapi kem haritu asyraaf pergi tidur kat dorm so diorang provide katil dan bantal. Yang tak best nye biler nak tidur sebab kipas dier jauh sangat so agak panas tapi semasa tidur memang best sebab boleh bangun on time.

                Apa yang best mengenai kem firstly mestilah sebab makanan dier yang free kan. Seterusnya adalah apa yang kita belajar dekat kem. Contohnya kem kepimpinan Asyraaf banyak belajar mengenai kepimpinan dan dier bagi asyraaf semangat untuk menjadi seorang pemimpin. Apa-apa pun kem banyak memberi pengalaman manis dekat Asyraaf...

Tuesday 12 February 2013

Bersyukur



Topik kali ini adalah bersyukur
“Kita perlu bersyukur dengan kerajaan yang memerintah pada hari ini”
Itu adalah ayat daripada timbalan rektor uitm perlis 
So, adakah kita puas dengan apa yang kita ada sekarang ini?
Kita seharus nya bersyukur dengan apa yang kita ada
Kerana ada orang yang lebih susah daripada kita
Ya, memang kita tidak akan puas dengan kehidupan kita
Sebagai contoh, dari soal henfon
Walaupun kita sudah ada henfon mahal
Tetapi kita tetap ingin henfon yang mungkin baru dan lebih canggih dari henfon kita
Sebagai contoh,
Firdaus ada iphone 5
Azhar ada s3
Dan fariz ada bb torch
Firdaus inginkan s3 sebab banyak app free
Azhar pula ingin bb torch sebab ad bbm
Dan fariz inginkan iphone 5 sebab nampak bergaya
Jadi kesimpulan di sini
Kita takkan puas dengan apa yang kita ada
Dan sentiasa ingin lebih lagi
So kita seharusnya bersyukur dengan apa yang kita ada
Contoh kedua
Kita mungkin selalu gagal dalam peperiksaan
Jadi jangan berputus asa dan teruskan usaha
Sebab satu hari nanti apabila kita sudah berjaya
kita pasti akan bersyukur dengan pengalaman lepas
Kerana pengalaman lepas lah yang membuatkan kita
Teguh untuk maju ke hadapan
Teruskan usaha anda dalam apa jua pun
Dan buat yang paling terbaik :)
  

Monday 11 February 2013

Usaha '13/20



Assalamualaikum w.b.t.
Gong xi fa cai kepada semua.
Maksud tersebut Asyraaf ingat dulu time kecik2 dulu is macam doa orang cina ke apa.
Tp bila dah belajar masa kelas mandarin minggu lepas baru lah tahu maksud dier lebih kurang:
“Tahniah atas mendapat lebih kekayaan”  
Bila sebut tentang kekayaan mesti berkaitan dengan usaha.
Asyraaf memang minat dengan citer naruto kerana semangat dan usaha naruto yang tak pernah putus.
Bila bab akademik asyraaf ad rasa jeles dekat  kawan2 asyraaf bila ad yang study ala kadar je,
Tapi result 3 pointer je.
Tapi Asyraaf tahu yang itu rezeki diorang.
Bagi sesiapa yang result mereka ala kadar atau teruk,
Jangan berputus asa dan teruskan usaha anda.
Kerana mungkin ada hikmah dan
Allah S.W.T mungkin sedang menguji anda.
Yang penting kita buat yang terbaik :)